DEEPAVALI

HARI DEEPAVALI

                  Masyarakat India meraikan perayaan Hari Deepavali atau dikenali juga dengan nama pesta cahaya.Hari Deepavali diterjemahkan dengan Deretan Pelita atau Pesta Cahaya . Perayaan ini akan disambut oleh penganut agama Hindu, Sikh dan Jain. Seperti kemeriahan lain , masyarakat India juga turut membuat persiapan bagi menyambut perayaan ini . Bagi penganut Hindu , sambutan Deepavali kurang serinya kalau kediaman mereka tidak dihiasai dengan 'kolam'. Kolam atau dikenali juga sebagai Rangoli adalah satu seni hiasan pintu masuk kediaman semasa Deepavali . Ia dihasilkan dengan pelbagai rekaan , berwarna-warni dan tanpa ada had dari segi saiz . Bahkan berdasarkan catatan sehingga 2009 , 'kolam' terbesar di dunia yang pernah dihasilkan ialah pada 22 Mei 2008 bersaiz 4,900 meter persegi dan dihasilkan oleh Nilesh Rajaram Naik di Dataran Murda , Tiswadi , Goa , India . Biasanya , saiz 'kolam' di rumah agak kecil namun 'kolam' memberi kuasa besar dalam menyambut Deepavali mengikut kepercayaan Hindu . Malah , kolam juga umpama 'tiang seri' yang bertindak memeriahkan lagi perayaan cahaya itu . Kebiasaannya , 'kolam' diperbuat daripada taburan bijirin seperti beras yang dimasukkan sedikit air serta diwarnakan dengan pelbagai warna menarik . Selain beras , 'kolam' juga boleh dihasilkan dengan tepung gandum , sagu dan hampas kelapa . Menurut lagenda , hiasan 'kolam' ini merupakan lambang penyembahan Dewa Lakshimi , dewa kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan 'kolam' di pintu masuk rumah mereka . Kenapakah penganut agama tersebut menyambut perayaan Deepavali? Hal ini kerana mereka meraikan kemenangan terhadap kejahatan dan penanggalan kegelapan rohani. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yan bererti barisan.




BILAKAH PERAYAAN DEEPAVALI DISAMBUT?
         Mengikut putaran 12 bulan, Deepavali akan muncul setiap kali masuk bulan yang dikenali sebagai Aipasi . Biasanya perayaan setahun sekali ini disambut pada penghujung Oktober atau awal November Perayaan ini di sambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Pada tahun 2008, perayaan ini disambut pada 30 Oktober 2008. Pada hari yang bermakna bagi penganut agama Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka akan melakukan upacara sembahyang dan kegamaan.

                
   

 UPACARA YANG DILAKUKAN PADA PAGI DEEPAVALI.
      Upacara mandi minyak dijalankan pada pagi Hari Deepavali untuk melambangkan penyucian. Ini diikuti dengan upacara sembahyang yang dilakukan sama ada di rumah atau di kuil. Maruku, Laddu dan juga kuih-kuih manis merupakan juadah yang popular pada Hari Deepavali.

Makan yang sedap di hari deepavali
                             







Pakaian tradisional kaum india


        

No comments:

Post a Comment