HARI DEEPAVALI
Masyarakat India meraikan perayaan Hari Deepavali atau
dikenali juga dengan nama pesta cahaya.Hari Deepavali diterjemahkan dengan
Deretan Pelita atau Pesta Cahaya . Perayaan ini akan disambut oleh penganut
agama Hindu, Sikh dan Jain. Seperti kemeriahan lain , masyarakat India juga
turut membuat persiapan bagi menyambut perayaan ini . Bagi penganut Hindu ,
sambutan Deepavali kurang serinya kalau kediaman mereka tidak dihiasai dengan
'kolam'. Kolam atau dikenali juga sebagai Rangoli adalah satu seni hiasan pintu
masuk kediaman semasa Deepavali . Ia dihasilkan dengan pelbagai rekaan ,
berwarna-warni dan tanpa ada had dari segi saiz . Bahkan berdasarkan catatan
sehingga 2009 , 'kolam' terbesar di dunia yang pernah dihasilkan ialah pada 22
Mei 2008 bersaiz 4,900 meter persegi dan dihasilkan oleh Nilesh Rajaram Naik di
Dataran Murda , Tiswadi , Goa , India . Biasanya , saiz 'kolam' di rumah agak
kecil namun 'kolam' memberi kuasa besar dalam menyambut Deepavali mengikut
kepercayaan Hindu . Malah , kolam juga umpama 'tiang seri' yang bertindak
memeriahkan lagi perayaan cahaya itu . Kebiasaannya , 'kolam' diperbuat
daripada taburan bijirin seperti beras yang dimasukkan sedikit air serta
diwarnakan dengan pelbagai warna menarik . Selain beras , 'kolam' juga boleh
dihasilkan dengan tepung gandum , sagu dan hampas kelapa . Menurut lagenda ,
hiasan 'kolam' ini merupakan lambang penyembahan Dewa Lakshimi , dewa kekayaan
yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan
'kolam' di pintu masuk rumah mereka . Kenapakah penganut agama tersebut
menyambut perayaan Deepavali? Hal ini kerana mereka meraikan kemenangan
terhadap kejahatan dan penanggalan kegelapan rohani. Perkataan Deepavali
merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali”
yan bererti barisan.
BILAKAH PERAYAAN
DEEPAVALI DISAMBUT?
Mengikut putaran 12 bulan, Deepavali akan muncul setiap kali masuk bulan
yang dikenali sebagai Aipasi . Biasanya perayaan setahun sekali ini disambut
pada penghujung Oktober atau awal November Perayaan ini di sambut pada hari ke
14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Pada
tahun 2008, perayaan ini disambut pada 30 Oktober 2008. Pada hari yang bermakna
bagi penganut agama Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan
menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain itu, mereka akan
mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga, sanak-saudara, dan
jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka akan melakukan upacara sembahyang dan
kegamaan.
UPACARA
YANG DILAKUKAN PADA PAGI DEEPAVALI.
Upacara mandi minyak dijalankan pada pagi Hari Deepavali untuk
melambangkan penyucian. Ini diikuti dengan upacara sembahyang yang dilakukan
sama ada di rumah atau di kuil. Maruku, Laddu dan juga kuih-kuih manis
merupakan juadah yang popular pada Hari Deepavali.
Makan yang sedap di hari deepavali
Pakaian tradisional kaum india
No comments:
Post a Comment